About


eBookBM.com merupakan satu platform untuk kami dan anda memberikan sebarang maklumbalas ataupun komen bebas mengenai satu-satu produk digital iaitu eBook.

eBook merupakan satu media bahan bacaan ataupun panduan yang tulis bagi tujuan menyampaikan atau menjual satu-satu informasi mahupun perkhidmatan. Lazimnya eBook dibuat dalam bentuk pdf dan anda memerlukan pfd reader seperti acrobat reader untuk membacanya.

Fenomena penjualan ebook sudah mula menjadi trend dikalangan IM ( Internet Marketer), bukan saja berpuluh malah beratus-ratus ebook telah pun dikeluarkan dalam masa setahun. Maka lahirlah laman rebieu ebook ini (ebookBM.com) bagi memberi panduan kepada bakal pembeli untuk menilai sesebuah ebook sebelum mereka bercadang untuk membuat pembelian.

eBookBM juga memberikan ruang kepada pembeli untuk memberi komen yang mana komen ini secara langsung akan memberikan impak kepada ranking(kedudukan) satu-satu rebieu ebook.

Disamping itu kami juga memberikan khidmat rebieu ebook kepada penerbit/penulis ebook dalam memberi pandangan yang jujur dan kritis.

Semoga dengan adanya eBookBM dapat memberi kebaikan kepada semua.

Terima Kasih.